aws : Memasang Statik IP menggunakan Elastic IPs

Sambungan dari tutorial memasang server di EC2, statik ip diperlukan untuk memastikan public ip kita tidak berubah jika EC2 Instance restart.

Dalam contoh dibawah, perhatikan instance id (1) dan juga public ip (2) 



Ip Address sebelum saya Stop dan Start instance adalah 54.184.205.80 manakala setelah instance restart, Public Ip (4) sudah berubah menjadi 54.184.148.81


Untuk mengelakkan masalah dynamic ip ini, kita boleh memasang Static IP (5) menggunakan Elastic Ips.



Klik Elastic Ips (6) dan kemudian Allocate New Address (7)



Pilih EC2 (8) dan klik Yes, Allocate (9) 

Tahniah. Anda sudah mempunyai statik ip. Langkah seterusnya adalah Allocate ip tersebut ke pada EC2 instance yang di inginkan. Select Elastic Ip dari senarai (10) dan klik Allocate Address (11)


Pilih EC2 Instance dari senarai (12) di ikuti dengan butang Associate (13). Pastikan anda memilih EC2 Instance yang betul berdasarkan instance id dan name (12).


Semak Public ip(14), EC2 Instance Id (15) dan public dns (16).  



Buka browser dan enter public ip (14) atau public dns (16) untuk akses ke EC2 Instance kita.


Sekarang kita sudah mempunya Fixed IP / Static IP.  Maklumat Elastic IP ini akan dipaparkan di ruangan Elastic IP (5) dalam screen shot pertama :)

Ulasan