aws : Memasang server di Amazon Elastic Compute Cloud (Amazon EC2)


Kita mulakan dengan mengakses ke Amazon Management Console dengan menggunakan url dibawah
https://console.aws.amazon.com/console/home

Jika anda masih belum mempunyai akaun AWS, anda boleh mendaftar dan dapatkan free-tier selama 1 tahun.

Klik pada pilihan menu EC2 sebagaimana gambarajah di bawah.


Sebelum kita mula membuat instance baru, langkah yang paling utama adalah pilih region yang anda inginkan. Region ini adalah dimana anda akan install EC2 instance anda. Sebagai contoh, saya pilih region Oregon (1). Kemudian klik pada Instances (2) dan di ikuti dengan Launch Instance (3)



Satu paparan baru wizard akan dipaparkan.Terdapat 7 langkah yang perlu anda lakukan sebelum instance baru dapat dilancarkan.

Ok, kita berada pada langkah pertama iaitu pemilihan AMI. AMI adalah Amazon Machine Image. Dalam kata lain ia adalah set image server yang boleh kita pilih untuk di pasang kedalam EC2 Instance kita.

Jika anda mempunyai AMI image yang dihasilkan sendiri, anda boleh memilih My AMIs.Anda juga boleh memilih AWS Marketplace untuk membeli ready made AMI yang menyediakan pakej-pakej tertentu. Kita akan bincang berkenaan My AMIs dalam topik autoscaling nanti. InsyaAllah

Untuk pemula, anda boleh memilih AMI dari Quick Start. Untuk senarai yang lebih banyak, anda boleh memilih Community AMIs tab.


Dalam contoh ini saya menggunakan Ubuntu Server 13.10 dari tab Quick Start (4). Klik Select (5) untuk memilih AMI tersebut.


Langkah kedua, pilih jenis instance. Untuk senarai harga jenis-jenis instance ini anda boleh masuk ke url http://aws.amazon.com/ec2/pricing/ .Senarai harga berbeza mengikut jenis instance dan juga lokasi region. Untuk memudahkan anda membuat bajet harga server di aws, anda boleh menggunakan kalkulator yang disediakan http://calculator.s3.amazonaws.com/calc5.html



Anda boleh lihat semua senarai jenis instance di All Instance Type (6) atau mengikut kategory jenis instance seperti Micro Instance, General Instance dan lain-lain. Klik tab yang berkenaan untuk lihat senarai jenis instance yang ada . Pilih jenis instance yang anda mahu, dalam contoh ini saya memilih t1.micro instance (7) . Klik Next:Configure Instance Details (8)

Set saiz storage (9) yang diperlukan. Storage ini akan menjadi "Hard Disk" server anda. Jadi pilih berdasarkan keperluan. Kemudian klik Next: Tag Instance (10)


Tag nama instance anda. Saya galakkan anda tag nama instance anda. Ia memudahkan anda mengenal pasti instance yang anda gunakan untuk satu-satu aplikasi / server. Klik Next: Configure Security Group (12)


Security Group merupakan set firewall anda. Pastikan anda buka port yang diperlukan sahaja. Jika anda telah mempunyai security group sebelum ini, anda boleh memilih pilihan Select an existing security group (14). Jika tidak, pilih Create a New security group (13) . Secara default, port ssh tersenarai di dalam senarai open port. Ini bertujuan membolehkan anda ssh ke ec2 instance kelak.

Anda boleh membuka mana-mana port yang diperlukan dengan klik butang add rule (15). Dalam contoh ini, saya akan memasang apache webserver. Jadi saya perlukan port 80 di buka. Klik Add rule (16) dan select protocol http ( port 80 ). kemudian klik Review and Launch (18) untuk lihat semua setting sebelum launch instance.

Review semua setting. Anda masih boleh mengubah setting dengan klik Previus atau klik tab link di bahagian atas wizard. Jika sudah confirm, klik Launch (19)

Penting

Sewaktu kita klik Launch (19) satu popup akan keluar berkenaan dengan Key Pair. Key Pair ini sangat penting untuk membolehkan kita ssh ke EC2 Instance nanti. Pastikan anda menyimpannya dengan baik.

Pilih Create New Key Pair (20) untuk membuat key pair yang baru. berikan nama Key Pair dalam ruangan Key pair name (21). Dalam contoh ini saya menggunakan nama sampleKeyPair (21). Klik Download Key Pair (22) dan simpan fail ini sebaik mungkin. Buat salinan backup kedalam email atau google drive jika perlu.

Klik Launch Instances (23)

Tahniah Instance anda telah berjaya dilancarkan. Klik di bahagian instance id (24) untuk pergi ke page instances.


Tunggu sebentar sehingga initializing proses selesai. Instance status kita akan bertukar dari pending (25) kepada running (28) . Ini menunjukkan instance tersebut sedang beroperasi atau pun tidak. Status check (25) pula menunjukkan sama ada instance dalam keadaan Healthy ataupun tidak. Klik ikon refresh (27) untuk refresh paparan instance.



Sekarang kita boleh akses ke instance tersebut dari internet menggunakan Public Dns dan juga Public IP (32) . Walau bagaimanapun Public Ip ini adalah dynamic. Ia akan berubah jika kita stop dan start kembali instance tersebut. Bagi mengatasinya, kita perlu memasang Elastic IPs untuk mendapatkan statik ip.



Cuba akses public dns (32) dari browser anda.

woop. apa sudah jadi?.
Ini kerana kita masih belum install apache untuk serve http web kita. :)

Ok . Untuk install apache, kita perlu ssh ke ec2 instance yang kita baru launch tadi. Di sinilah kegunaan Key Pair yang kita download dalam proses sebelum ini. Select Instance (31) dan klik butang Connect untuk dapatkan maklumat bagaimana untuk ssh ke ec2 instance tersebut. ikuti arahan yang di berikan pada anak panah (34) dan (35)

SSH ke EC2 instance dan kemudian install apache dengan menggunakan arahan di bawah


sudo apt-get install apache2



Setelah proses installasi apache selesai. Buka semula browser anda dan cuba akses public dns (32).

wow. its works!...

Anda sudah berjaya memasang server di AWS.
Dalam post berikutnya, saya akan berkongsi bagaimana untuk memasang statik ip menggunakan Elastic IPs

Ulasan