Baru baru ini saya ada mendaftar akaun CDS di RHB Investment Bank. Alhamdulillah, urusan telah selesai dan saya sudah terima Client Code. Langkah seterusnya, boleh la mendaftar di http://www.rhbinvest.com/ untuk menggunakan aplikasi online trading.
Mendaftar akaun CDS tidaklah begitu susah. Berikut adalah keperluan yang perlu di bawa semasa mendaftar
- Salinan fotokopi kad pengenalan (boleh juga photostat di kaunter pendaftaran)
- Statement bank 3 bulan
- RM10
- Isi beberapa borang pendaftaran ( yg ni akan dilakukan di kaunter pendaftaran )
nota: pihak bank akan proses permohonan lebih kurang 1 minggu.
Untuk makluman, tidak semua bank boleh mendaftar akaun CDS. Hanya bank "inventment" sahaja yang boleh. bagi bank RHB, anda boleh semak senarai dan lokasinya disini http://www.rhbinvest.com/page/site/public/english/locate_us.html
Selamat mendaftar. :)
langkah selanjutnya... kita belajar main saham.
Ulasan
Catat Ulasan