Install PHP APC

Php APC , Alternative PHP Cache merupakan salah satu komponen yang agak penting bila kita berbincang tentang server performance.

Seperti yang diketahui PHP merupakan dynamic server-side scripting language yang memerlukan ia di compiled /interpreted setiap kali request ke server berlaku. Dalam banyak kes, kod yang perlu compiled /interpreted akan menghasilkan result yang sama. Ironinya, jika sama, tak perlu lah di compiled /interpreted setiap kali berlaku request yang sama tersebut.



Disinilah fungsi APC. apa yang berlaku, APC akan cache PHP Opcode (operation code) kedalam memory dan akan digunakan bila terdapat request yang sama. Terdapat setting yang boleh digunakan untuk memberitahu APC supaya update cache bila terdapat perubahan code iaitu dengan set "apc.stat" sebagai 1 ( on ).

berikut adalah arahan untuk install PHP Apc pada ubuntu server
sudo apt-get install php-apc
sudo service apache2 restart

Ulasan