Android Studio was unable to find a valid JVM

Baru - baru ini Google lancarkan Android Studio secara rasminya. Anda boleh download di laman https://developer.android.com/sdk/index.html

Saja-saja nak mencuba, saya pun download Android Studio versi Mac OSX dan install di dalam MacBook Pro saya. Malangnya, setelah selesai install, saya dapat error message "Android Studio was unable to find a valid JVM"


Kebiasaan error message ni disebabkan tiada Java di pasang didalam komputer tersebut. Tetapi saya amat yakin yang laptop saya telah mempunyai Java. Setelah google, saya dapati secara default, Android Studio akan mencari java versi 1.6.. tetapi saya menggunakan versi 1.8

berikut adalah langkah-langkah yang saya ambil untuk membetulkan kesilapan ni.

1. semak versi java di dalam komputer. Jika tidak ada.. install.
    dalam contoh di atas, saya dapati versi java saya adalah 1.8.0_25

2. masuk ke /Applications dan klik kanan mouse dan pilih "show package contents". kemudian klik "Contents".

3. edit file info.plist cari JVMVersion dan edit versi java  anda disini. save.

4. walah... Alhamdulillah, selesai.