Memasang Raspberry Pi OS dengan ApplePi-Baker

Bagi pengguna Mac Osx, saya ingin kongsikan cara mudah untuk memasang OS pada Raspberry Pi

Keperluan

1. Muat turun aplikasi ApplePi Baker di http://www.tweaking4all.com/software/macosx-software/macosx-apple-pi-baker/
2. Install ApplePi Baker dengan drag apps ke dalam folder Applications




Penggunaan

1. Buka aplikasi ApplePi Baker. Apps ini akan minta admin password anda. Masukkannya.

2.Pilih SD-Card yang ingin di install dari senarai ( 1 ) . Dan kemudian Browse fail OS yang ingin di install ( 2 )
 

3. Browser fail OS yang telah di muat turun sebelum ini. Boleh muat turun dari laman raspberrypi.org. Dalam tutorial kali ini saya menggunakan Raspbian Jessie Lite  https://www.raspberrypi.org/downloads/raspbian/

 

4. Kemudian klik Restore Backup ( 3 ) untuk memulakan proses installation. Tunggu sehingga proses selesai. anda boleh lihat progress di bahagian progressbar

5. Selesai.. anda boleh Eject SD Card dan pasangkan ke raspberry pi. Selamat mencuba


Ada sebarang pertanyaan, cadangan, komen atau pembetulan? Sila nyatakan di ruangan komen di bawah.