sahkan pemilikan domain

salah satu ciri yang ada didalam SAAS adalah membenarkan pengguna menggunakan domain mereka sendiri. sebagai contoh, di dalam blogspot, kita boleh menggunakan sama ada domain hanafiahyahya.blogspot.com atau domain pilihan sendiri contohnya example.com.

bagi menggunakan domain example.com, kita hanya perlu set cname ke lokasi yang ditentukan. Tetapi adakah domain yang di masukkan oleh pengguna itu adalah domain mereka?. apa yang berlaku jika mereka masukkan domain orang lain seperti google.com atau ibnuyahya.com?. Secara logiknya, sudah tentu domain tersebut tidak akan berfungsi memandangkan mereka tidak dapat set cname ke lokasi sepatutnya. Tetapi ini bukanlah masalah yang utama... masalah yang sebenar akan timbul bila pemilik sebenar domain tersebut mahu menggunakan domain mereka didalam SAAS kita.

Memandagkan domain tersebut telah di daftarkan sebelum ini, maka pemilik sebenar tidak dapat mendaftar kerana ia telah digunakan. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, kita perlu sahkan pemilikan domain tersebut.

berikut adalah langkah-langkah yang boleh di ambil untuk memastikan pengguna tersebut adalah pemilik/mempunyai akses ke domain tersebut

1. Generate unique hash data untuk di masukkan ke txt record. dalam contoh ini, saya gunakan "sample1-123"

unique hash ini kita simpan didalam database bersama maklumat pengguna.

2. Semak kembali nilai txt record bagi domain tersebut dengan menggunakan function dns_get_record().  Langkah seterusnya, bandingkan sama ada record tersebut sama seperti data yang di simpan tadi. Contoh source code berikut menunjukkan bagaimana kita boleh gunakan dns_get_record() untuk menyemak dns record.