mendaftar akaun CDS

Baru baru ini saya ada mendaftar akaun CDS di RHB Investment Bank. Alhamdulillah, urusan telah selesai dan saya sudah terima Client Code. Langkah seterusnya, boleh la mendaftar di http://www.rhbinvest.com/ untuk menggunakan aplikasi online trading.
Mendaftar akaun CDS tidaklah begitu susah. Berikut adalah keperluan yang perlu di bawa semasa mendaftar
  1. Salinan fotokopi kad pengenalan (boleh juga photostat di kaunter pendaftaran)
  2. Statement bank 3 bulan
  3. RM10 
  4. Isi beberapa borang pendaftaran ( yg ni akan dilakukan di kaunter pendaftaran )
nota: pihak bank akan proses permohonan lebih kurang 1 minggu. 

Untuk makluman, tidak semua bank boleh mendaftar akaun CDS. Hanya bank "inventment" sahaja yang boleh. bagi bank RHB, anda boleh semak senarai dan lokasinya disini http://www.rhbinvest.com/page/site/public/english/locate_us.html

Selamat mendaftar. :)

langkah selanjutnya... kita belajar main saham.